Kang Jasman

Riwayat Ringkas Kang / Wak Jasman
-------------------------------------------------------





Kang/Wak Jasman telah di-lahirkan di-satu tempat yang bernama TASEK UTARA di-Singapura pada 1918. Beliau mendapat didikan setaf darjah enam Sekolah Kota Raja. Sa-telah tamat sekolah, beliau menjadi guru pelatih, tetapi kemudian berhenti dari guru pelatih menjadi pelumba basikal. Oleh kerana ibu nya tidak suka beliau menjadi pelumba basikal akhirnya menjadi sa-orang pegawai Polis hingga mendapat pangkat Kopral, dan di-tugaskan di-Pusat Latihan Polis sebagai jurulatih (instructor). Di-samping menjadi jurulatih jurulatih kepada pelatih-pelatih polis, beliau juga mengajar agama dan silat. Oleh kerana berlaku sesuatu yang tidak di-senangi antara beliau dengan ketua pegawai di-Pusat Latihan tersebut, dan juga hal-hal yang bertentangan dengan jiwa beliau, maka beliau telah bertindak terhadap Ketua beliau. Dan akibatnya beliau di-berhentikan dari jawatan Polis. Justeru itu beliau dan keluarganya telah berpindah dari kuartes polis ka-sebuah rumah kampong di-Henderson Rd. (Gudang Gelas) pada tahun 1956. Kemudian berpindah di-Brickworks Estate. Dan di-sinilah beliau terus gigih memperkembangkan senisilat ESHA kepada hampir 4,000 orang murid2nya. Yang datang silih berganti, mempelajari silat ESHA pada tiap-tiap hari, kecuali pada hari Sabtu dan Aahd, hinggalah beliau kembali ke rahmatullah pada hari Isnin 14 March 1971.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di-rumah anak lelakinya yang tinggal di-Katong. Pada jam kurang lebeh 10.15pg. Di alamat 45, Kampong Amber, Singapura 15. Dengan dihadiri oleh keluarganya sahaja. Sedangkan tidak seorang pun dari anak muridnya yang dapat menemuinya di-sa'at2 terakhir. Dan jenazahnya telah di-kebumikan di-Pusara Bidadari di-Seranggon Rd.

Menurut isterinya Mak Hj. Esah yang telah menjadi isterinya sa-lama dua puloh tahun, beliau adalah sa-orang manusia yang luar biasa kecenderongan-nya dalam ilmu persilatan. Beliau sangat gigih mempelajari ilmu persilatan dan memperdalami dan mempertingkatkan lagi segala aspek yang bersangkut paut dengan dunia persilatan. Di-dalam usaha untok mem-pertinggikan lagi ilmu dalam dunia persilatan, beliau tidak jemu2 untok bermuzakarah dan bertukar-tukar pendapat serta ilmu dalam bidang persilatan.

Kang Jasman bukan saja di-kenali sa-bagai sa-orang guru silat dan guru agama, bahkan beliau juga berkebolehan dalam bidang perubatan tradisional.

Sa-bagai sa-orang sahabat, beliau adalah sa-orang yang lekas mesra, murah hati dan setia kepada sahabat. Beliau sanggup berkorban untok menolong sahabatnya. demi untok kebenaran dan kebaikan.

Di-samping mengajar di-rumah beliau sendiri, terdapat banyak permintaan di-kalangan murid- agar beliau membuka beberapa cawangan. Maka dalam tahun2 enam pulohan terdapat beberapa buah gelanggang di-tubohkan. Dan di-pimpin oleh beberapa orang murid yang boleh dipercayai dan berkemampuan mengendalikan gelanggangnya. Namun demikian beliau terus juga mengawasi letihan2 yang di-jalankan di-cawangan2 yang lain.

1. Everton Park >>>Ahmad Ibrahim dan Ano bin Nah
2. Kaki Bukit >>> Awang Masto dan Ahmad Hussin
3. Jalan Sempadan >>> Ahmad Hussin
4. Jalan Ladang >>> Abang Kassim (Allahyarham)
5. Zhender Rd. (Quarters Tentera Kg. Kapor) >>> Suib Selamat
6. Jalan Labu >>> Hassan Ahmad
7. Lorong Kikir >>> Yusoff Ahmad
8. Jalan Kentang >>> Che' Majid
9. Kg. Amber >>> Khalil Deraman (Abang Atan)