Perkembangan ESHA

Perkembangan ESHA (SETIA HATI) di-Singapura
------------------------------------------------------------------------

Di-Singapura, Senisilat SETIA HATI ini telah di-pelopori oleh Allahyarham Abdullah Muhammad Jasmani Haqiki Bin Hj. Mohd. Ali, pada tahun 1939. Kemudian berkembang terus pada 1945.

Sa-belum mengenalkan senisilat Setia Hati di-kalangan masyarakat di-Singapura Kang Jasman mengajar permainan yang di-beri nama Pateh Gajah Mada. Permainan ini de-perolehi dari ayahanda beliau sendri. Sa-telah bertemu dengan Kang Munaji yang telah merantau dari Bentan, murid dari perguruan ESHA maka barulah permainan yang di-petek dari perguruan dan aliran yang terbaik di-susun dan di-olah sa-hinggakan ia-nya menjadi 7 jurus. Sebagai tapak asas dalam perguruan ESHA di-Singapura.

Dalam permainan ESHA yang di-asaskan dari petekan beberapa jenis permainan ini terdapat permainan CIKALONG, CIMANDE, CIRODA, DERMAYON dan UJONG SEMIK. Dari petekan lima jenis aliran ini dan dengan permainan PUKULAN MENANTI serta permainan PATEH GAJAH MADA maka Kang Jasman telah menyusun dengan teliti menjadikannya tujuh jurus asas dalam perguruan ESHA di-Singapura. Maka dengan persetujuan bersama Nama Senisilat SETIA HATI dikembang luaskan oleh Kang Jasman di-Singapura.

Allahyarham Kang Jasman sangat cenderong dalam memperdalami ilmu persilatan. Beliau banyak menemui jagoh-jagoh silat pada zaman mudanya. Sunggoh pun demikian hanya 3 (tiga) orang sahaja yang benar-benar di-akui oleh Kang Jasman sebagai gurunya. Mengikut dari catitan yang terdapat dalam nukilan beliau ketiga orang gurunya itu ada-lah;

1. Ayahandanya Haji Mohamad Ali bin Hj Mohd Noor.
2. Kang Munaji
3. Tuan Hj Johar

>>>Ayahanda Hj Mohd Ali dengan permainan Pateh Gajah Mada.

>>>Kang Munaji dengan permainan CIKALONG, CIMANDE, CIRODA, DERMAYON dan UJONG SEMIK.

>>>Tuan Hj Johar dari Negeri Sembilan, Kang Jasman lebeh menumpukan dalam Ilmu Kerohanian.

Di-samping itu Kang Jasman lebeh banyak bertukar-tukar pendapat dengan pendekar-pendekar pada zaman mudanya.