Kompang

Kumpulan Hadrah Kompang ESHA "Setia Hati"
-----------------------------------------------------------------

Sejarah Penubuhan Kompang ESHA

********


Guru Kompang ESHA
AHMAD BIN IBRAHIM

Hadrah kompang yang ditubuhkan pada masa ini ialah bermula daripada kampung TANJUNG ADANG JOHOR, yang diajar oleh guru bernama ARIFIN BIN MOHD AMIN dan juga hadrah kompang mengikut ceritanya daripada wilayah PALEMBANG. Sebab itulah AHMAD BIN IBRAHIM (Guru Kompang ESHA kini) sanggup menggunakan hadrah dan kompang yang beliau pimpin pada ahli-ahli kumpulan ESHA pada masa ini ialah PUKULAN HADRAH KOMPANG PALEMBANG.

Bermulanya beliau belajar pada tahun 1937, pada masa itu umur beliau lebih kurang 12 tahun.Dalam pelajaran ini pada masa itu khalifah beliau bernama EN. MOHD YUNOS anak kepada guru beliau.

Pukulan ini juga menggunakan alat untuk berlenggok beramai menggunakan tilam alas tempat duduk, cara berbaris serta menggunakan satu alat yang dinamakan "JIDUL" lebih kurang 7-6 bulan beliau belajar kemudian beliau menggundurkan diri dari kumpulan ini kerana banyak masalah. Maklumlah pada masa itu beliau sedang bergiat didalam segala bidang lapangan sukan. Walaubagaimanapun beliau tidak lupa apa yang beliau belajar sehingga peperangan Jepun dangan British masuk di Singapura dan Malaya.

Di dalam perintah British tahun 1945, beliau meninggalkan kampung pergi ke Pulau Samulun dan menetap di sana hingga tahun 1953. Dalam tahun 1954 beliau meninggalkan Pulau Samulun pergi ke Singapura, bekerja sebagai Boat Men S.H.B. sekarang dinamakan P.S.A dan bertempat di Berek polis lama.

Pada tahun 1959 beliau mulai belajar pencak silat yang bernama "ESHA" (SETIA HATI) yang diajar oleh guru beliau yang bernama JASMAN BIN HAJI ALI, dengan adanya pada masa itu terlalu banyak jemputan pencak silat yang diundang serta majlis perkahwinan dan keramaian serta juga pentas drama daripada saudara KALAM HAMIDI.

Daripada sinilah beliau berunding dengan gurunya serta dengan hal-hal silat yang ada termasuk abang beliau, ABDUL WAHAB BIN IBRAHIM. Untuk menyerikan lagi serta memberi semangat kepada pesilat-pesilat apabila dihadapan penonton di dalam segala bidang majlis.

Di dalam bidang ini, apabila beliau kemukakan kepada guru Silat ESHA, EN. JASMAN BIN HAJI ALI. Ianya bersetuju asalkan beliau sanggup mengajarnya. Disinilah beliau mengambil keputusannya itu pada 15/03/1961. Beliau mulakan mengajar Hadrah dan Kompang di bentuk oleh saudara beliau EN ABDUL WAHAB BIN IBRAHIM.

Pada masa itu beliau mula menjalankan latihan di surau TANJUNG PAGAR yang berhampiran dengan tempat tinggal beliau. Dari TANJUNG PAGAR, beliau berpindah ke kuarters S.H.B EVERTON PARK sehingga tahun 1978, kemudian beliau berpindah ke WEST COAST DRIVE SINGAPURA BLOCK 507, 231A. Sehingga sekarang sedang bergiat belajar di dalam Hadrah Kompang yang tersebut di BALAI RAAYAT TEBAN GARDEN sedang mempunyai ahli lelaki dan perempuan lebih kurang 100 ahli sebanyak dua kumpulan kompang.

      A.   Kumpulan Hadrah Kompang ESHA West Coast Drive.
      B.   Kumpulan Hadrah Kompang NOOR ESHA Teban Garden.

Dan juga untuk pendapat tahu beliau mempunyai sahabat ada mempunyai rentak dan gaya yang sama di Singapura ini, seperti berikut nama kumpulan:-

     1. Kumpulan Hadrah Kompang Belia Azhar Kalang Baru.
         dipimpin oleh saudara LOKMAN BIN GHAZALI.
     2. Kumpulan Hadrah Kompang Nurul Ikhsan Corporation.
         dipimpin oleh saudara AHMAD BIN SALLEH.
     3. Kumpulan Hadrah Kompang Nor Watan Blair Plain.
         dipimpin oleh WAHAB BIN LIMAT.
     4. Kumpulan Hadrah Kompang Seri Wanita Kampong Keranji.
         dipimpin oleh saudara SUKUR BIN AWANG.
     5. Kumpulan Hadrah Kompang Pasokkan Anak Bagan Lor. Engku Aman.

Inilah kumpulan kompang ESHA yang sama rentak dan pukulannya di Singapura dan juga di Malaysia (Kuala Lumpur).

********

Cara-cara Untuk Mengenal Pukulan Hadrah Dan Kompang

********

Di dalam segi hadrah sekurang-kurangnya ada 4 biji baloh hadrah barulah menjalankan latihan dengan sempurna tetapi lebih baik 5 biji baloh. Sebagaimana yang dikehendaki, kerana di dalam pukulan ada 5 pukulan.

CARA-CARANYA:
 Mengibu
Menyelang
Melalu
Menengkah
Menyelang Tengkah Rapat

Di dalam segi pukulan kompang pula ada 4 pukulan supaya bunyinya dapat diratakan.

CARA-CARANYA
Melalu
Menyelang
Menengkah
Merapat

Cara menggunakan hadi dalam hadrah ialah dipetik daripada kitab yang bernama "DEWAN HADRAH" yang berlainan hadi dan jawabnya.

Cara menggunakan bahagian kompang pula ialah dipetik daripada surat berzanji begitu juga yang berlainan hadi dan jawabnya.

Pukulan hadrah kompang ESHA menggunakan sebanyak 5 bangsa rentak pukulan serta diikut dengan lagunya lebih kurang 18 lagu yang dibawa belajar pada masa sekarang.

Begitu juga pukulan kompang menggunakan sebanyak 6 bangsa pukulan serta lagunya yang sedang belajar pada masa ini, 3 lagu.

*Pukulan lagu pertama ialah menggunakan 6 rentak yang berlainan*
*Pukulan lagu Hadrah Kompang*
*Pukulan Lagu Hadrah Serakal*

Dan di selang pula dengan satu pukulan yang di namakan pukulan selang.




bagi panduan bersama
-------------------------------
sebagai pukulan hadrah kompang ESHA belum ada lagi di ubah lagunya yang dimodenkan kerana tidak mahu lari dari tujuan asalnya.